Skip to content

Seksyen 9A

Penyerahan taraf perintis atau perakuan perintis

of Akta Penggalakan Pelaburan 1986

ActIn forceProvision 22 of 34
Seksyen 9A
(1)

Mana-mana syarikat yang telah diberikan taraf perintis atau dikeluarkan suatu perakuan perintis di bawah Akta ini berkenaan dengan suatu aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan, layak memohon elaun pelaburan semula di bawah Jadual 7A kepada Akta ibu setelah menyerahkan taraf perintis atau perakuan perintis itu berkenaan dengan aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan dengan memberikan notis bertulis kepada Menteri bagi penyerahan itu.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), mana-mana syarikat yang diberikan taraf perintis di bawah seksyen 6, atau dikeluarkan suatu perakuan perintis di bawah seksyen 7, boleh pada bila-bila masa

Penggalakan Pelaburan 39

menyerahkan status atau perakuan itu dengan memberikan notis bertulis kepada Menteri:

Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai bagi maksud suatu permohonan elaun cukai pelaburan di bawah Akta ini.

(3)

Jika Menteri berpuas hati dengan sebab penyerahan apa-apa taraf atau perakuan di bawah subseksyen (1) atau (2), Menteri boleh memberi kelulusan ke belakang, dan penyerahan itu hendaklah berkuat kuasa—

(a)

dari tarikh taraf perintis itu diberikan; atau

(b)

dalam hal suatu syarikat perintis—

(i)

pada tarikh permohonan bagi penyerahan itu diterima oleh Menteri; atau

(ii)

pada hari pertama dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang permohonan bagi penyerahan itu diterima oleh Menteri.