Skip to content

Seksyen 11

Kuat kuasa ke belakang

of Akta Penggalakan Pelaburan 1986

ActIn forceProvision 24 of 34
Seksyen 11
(1)

Penentuan apa-apa aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan di bawah seksyen 4 atau pemberian taraf perintis di bawah seksyen 6 atau pengeluaran suatu perakuan perintis di bawah seksyen 7 boleh dibuat supaya berkuat kuasa ke belakang dari suatu tarikh yang tidak lebih awal daripada 1 Januari 1986.

(2)

Jika menurut seksyen ini sesuatu perakuan perintis itu hendak

40

Undang-Undang Malaysia dikuatkuasakan ke belakang dari suatu tarikh sebelum perakuan perintis itu diberikan—

(a)

apa-apa perbuatan atau perkara yang telah dilakukan atau yang telah berlaku bagi maksud Akta ibu semenjak tarikhitu dan yang tidak mungkin dilakukan atau tidak berlaku sekiranya perakuan itu telah berkuat kuasa pada tarikh itu hendaklah bila-bila masa perlu bagi maksud Akta ini dan

Akta ibu dikira sebagai tidak dilakukan atau tidak berlaku;

dan

(b)

jika perbuatan itu terdiri daripada pembayaran apa-apa cukai oleh sesuatu syarikat perintis, cukai itu hendaklah dibayar balik mengikut cara yang diperuntukkan dalam Akta ibu dengan seberapa segera yang boleh selepas tamatnya sembilan puluh hari dari hari pengeluaran bagi syarikat itu.