Seksyen 14C
of Akta Penggalakan Pelaburan 1986
Seksyen 14C
Walau apa pun seksyen 14B, suatu syarikat yang telah diberikan taraf perintis di bawah subseksyen 6(1AB), (1AE), (1AG) atau
(1AI) boleh memohon secara bertulis bagi suatu pelanjutan tempoh pelepasan cukai yang telah diberikan di bawah seksyen 14:
Dengan syarat bahawa bagi maksud subseksyen 6(1AG), seksyen ini hendaklah hanya terpakai bagi suatu syarikat yang mengusahakan pelaburan semula bagi maksud pengeluaran keluaran nilai ditambah yang menggunakan biojisim kelapa sawit.
(2)
Menteri dengan persetujuan bertulis Menteri Kewangan boleh melanjutkan tempoh pelepasan cukai yang diberikan di bawah seksyen 14.
(3)
Subseksyen 14A(3) hingga (7) yang berhubungan dengan suatu pelanjutan tempoh pelepasan cukai hendaklah terpakai, mutatis mutandis, bagi suatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1).
Penggalakan Pelaburan 43