Seksyen 4L
Pelanjutan tempoh taraf penyelidikan dan kemajuan
of Akta Penggalakan Pelaburan 1986
Menteri boleh, dengan persetujuan secara bertulis Menteri
Kewangan, melanjutkan tempoh taraf penyelidikan dan kemajuan yang disebut dalam subseksyen 4H(1) jika Menteri berpuas hati bahawa syarikat itu telah, pada akhir tempoh taraf penyelidikan dan kemajuan di bawah subseksyen itu, mematuhi syarat yang dikenakan ke atas kelulusan yang disebut dalam subseksyen 4H(2) dan (3), mengikut mana-mana yang berkenaan.
26
Undang-Undang Malaysia
(2)
Pelanjutan tempoh taraf penyelidikan dan kemajuan yang diberikan di bawah seksyen ini hendaklah bermula dari tarikh yang berikutan dengan berakhirnya tempoh taraf penyelidikan dan kemajuan di bawah seksyen 4H dan berterusan selama tempoh lima tahun.
(3)
Syarikat bertaraf penyelidikan dan kemajuan hendaklah membuat permohonan secara bertulis kepada Menteri bagi pelanjutan tempoh taraf penyelidikan dan kemajuannya dalam masa tiga puluh hari atau suatu tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh
Menteri selepas berakhirnya tempoh taraf penyelidikan dan kemajuan itu di bawah subseksyen 4H(1).
(4)
Apabila suatu permohonan di bawah subseksyen (3) diterima,
Menteri boleh meminta butiran lanjut atau apa-apa bukti tentang maklumat yang diberikan dalam permohonan itu yang difikirkannya perlu dan
(a)
jika Menteri berpuas hati bahawa syarikat itu telah mematuhi syarat yang disebut dalam subseksyen (1), Menteri boleh, dengan persetujuan secara bertulis Menteri Kewangan, memberikan pelanjutan tempoh taraf penyelidikan dan kemajuan itu; atau
(b)
jika Menteri tidak berpuas hati, Menteri hendaklah menyebabkan suatu notis tentang keengganannya untuk memberikan pelanjutan itu dihantar kepada syarikat itu.
(5)
Pelanjutan tempoh taraf penyelidikan dan kemajuan hendaklah diberikan tertakluk pada syarat yang dikenakan dalam kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen 4H(2).