Skip to content

Seksyen 18

Elaun modal

of Akta Penggalakan Pelaburan 1986

ActIn forceProvision 34 of 34
Seksyen 18
(1)

Pendapatan syarikat perintis berkenaan dengan perniagaan perintisnya yang termasuk untuk dipastikan mengikut Akta ini bagi mana-mana tempoh perakaunan hendaklah dipastikan sedemikian

(selepas membuat apa-apa pelarasan yang perlu berikutan daripada arahan di bawah seksyen 17) selepas memotong elaun yang kena dibuat di bawah Jadual 3 kepada Akta ibu walaupun tiada tuntutan bagi elaun itu telah dibuat:

Dengan syarat bahawa jika loji atau jentera digunakan secara langsung atau secara tidak langsung bagi maksud penstoran, pengolahan atau pelupusan buangan terjadual sebagaimana yang ditakrifkan dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling

(Buangan Terjadual) 1989 [P.U. (A)139/1989] oleh sesuatu syarikat perintis bagi maksud perniagaan perintisnya, apa-apa perbelanjaan modal yang dilakukan semasa tempoh pelepasan cukai oleh syarikat perintis itu berkenaan dengan loji atau jentera itu hendaklah bagi maksud Jadual 3 Akta ibu disifatkan telah dilakukan pada hari berikutan dengan berakhirnya tempoh pelepasan cukai itu.

(2)

(Dipotong oleh Akta A751).

(3)

Tertakluk pada perenggan (6)(b)—

(a)

jika sesuatu aset digunakan bagi maksud perniagaan praperintis sesuatu syarikat perintis dan terus digunakan bagi maksud perniagaan perintis syarikat perintis itu—

46

Undang-Undang Malaysia

(i)

perbelanjaan bakian pada akhir tempoh asas bagi tahun taksiran sebelum sahaja tahun taksiran dalam tempoh asas yang terjatuhnya hari permulaan perniagaan perintis itu hendaklah, berkenaan dengan perniagaan perintis itu dan bagi maksud Jadual 3 kepada Akta ibu, disifatkan sebagai perbelanjaan bakian aset itu pada hari permulaan perniagaan perintis itu; dan

(ii)

apa-apa perbelanjaan modal yang dilakukan oleh syarikat perintis itu berkenaan dengan aset itu dalam tempoh asas yang terjatuhnya tarikh pemberhentian perniagaan pra perintis itu hendaklah, bagi maksud