Seksyen 8
Penarikan balik taraf perintis
of Akta Penggalakan Pelaburan 1986
Jika sesuatu syarikat, yang telah diberikan taraf perintis di bawah seksyen 6, gagal mematuhi kehendak subseksyen 7(1)
hingga (3), Menteri hendaklah melalui notis bertulis menghendaki syarikat itu dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis itu, memulihkan kegagalan itu atau membuktikan hingga memuaskan hatinya bahawa kegagalan itu disebabkan oleh sesuatu yang di luar kawalan syarikat itu.
(2)
Menteri boleh menarik balik taraf perintis yang diberikan kepada sesuatu syarikat—
(a)
jika syarikat itu telah gagal mematuhi notis yang disampaikan kepadanya di bawah subseksyen (1); atau
(b)
jika dia berpuas hati bahawa syarikat itu telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen 6(2) atau (3) dan bahawa dalam segala hal keadaan adalah bermanfaat berbuat demikian.