Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English

Bahagian XI · Pemeriksaan

147. Kewajipan untuk memberi akses kepada, dan mengemukakan dokumen, maklumat, dsb

Feedback & support
(1)

Bagi maksud suatu pemeriksaan di bawah seksyen 146, seseorang di bawah pemeriksaan dan pengarahnya, pegawainya atau pengawalnya—

(a)

hendaklah memberikan kepada Bank akses kepada dokumennya, termasuk dokumen hakmilik kepada asetnya, semua cagaran yang dipegang olehnya berkenaan dengan transaksi pelanggannya dan pelaburan yang dipegang olehnya, wang tunai, premis, perkakas, kelengkapan atau jentera, dan mengemukakan kepada Bank semua dokumen atau wang tunai itu, sebagaimana yang dikehendaki oleh

Bank dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan olehnya;

Perkhidmatan Kewangan 163

(b)

hendaklah membenarkan Bank untuk membuat salinan atau membuat cabutan bagi apa-apa dokumen sebagaimana yang disebut dalam perenggan (a); dan

(c)

hendaklah memberikan kepada Bank, secara lisan atau bertulis, semua maklumat dan penjelasan yang berhubungan dengan perniagaannya dan hal ehwalnya atau ejennya sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan olehnya.

(2)

Bank boleh mengambil milik apa-apa dokumen, hakmilik, cagaran, wang tunai, perkakas, kelengkapan atau jentera yang ia mempunyai akses di bawah subseksyen (1), sekiranya pada pendapat

Bank bahawa dokumen, hakmilik, cagaran, wang tunai, perkakas, kelengkapan atau jentera itu boleh—

(a)

diganggu, dimusnahkan, disembunyikan atau dialihkan melainkan jika Bank mengambil milik atas mereka; atau

(b)

diperlukan sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding undang-undang, sama ada sivil atau jenayah, yang boleh dimulakan di bawah Akta ini, Akta Bank Negara Malaysia 2009 atau mana-mana undang-undang bertulis lain.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau enggan membenarkan Bank untuk mengambil milik dokumen, hakmilik, cagaran, wang tunai, perkakas, kelengkapan atau jentera di bawah subseksyen (2), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

Report

Bahagian XII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIII

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XIV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XV

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVI

Peruntukan Am

Bahagian XVII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1 atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 1.

Schedules