Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XI · Pemeriksaan
152. Pemeriksaan oleh pihak berkuasa penyeliaan luar negara berkaitan
Feedback & supportSuatu pihak berkuasa penyeliaan berkaitan di luar Malaysia yang melaksanakan fungsi berpadanan dengan Bank di bawah Akta ini boleh, dengan kelulusan Bank, memeriksa buku dan transaksi—
pejabat wakil yang diluluskan di Malaysia bagi institusi asing;
orang yang diberi kuasa yang beroperasi di Malaysia sebagai suatu cawangan institusi asing; atau
orang yang diberi kuasa, orang berdaftar, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan yang adalah suatu subsidiari institusi asing, yang ditubuhkan atau diperbadankan dalam negara, wilayah atau tempat itu, dengan syarat bahawa pemeriksaan oleh pihak berkuasa penyeliaan berkaitan itu bagi maksud tunggal fungsi penyeliaannya.
Pihak berkuasa penyeliaan berkaitan itu hendaklah memberi kepada Bank suatu aku janji bertulis untuk melindungi kerahsiaan apa-apa maklumat yang diperolehnya semasa, atau yang timbul daripada pemeriksaannya di bawah subseksyen (1) dan maksud yang maklumat itu boleh digunakan.
Jika Bank telah memberikan kelulusannya di bawah subseksyen (1), peruntukan seksyen 133 tidak terpakai berhubung dengan pemeriksaan yang akan dijalankan di bawah kelulusan itu, setakat yang ditentukan dalam kelulusan itu.
168 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
Suatu salinan laporan pemeriksaan di bawah subseksyen (1)
hendaklah diserah simpan dengan Bank apabila pemeriksaan itu tamat.