Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XI · Pemeriksaan
153. Pendedahan maklumat oleh Bank kepada pihak berkuasa penyeliaan luar negara berkaitan
Feedback & supportBank boleh, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang disifatkannya patut, memberi kepada pihak berkuasa penyeliaan berkaitan di luar Malaysia yang melaksanakan fungsi berpadanan dengan fungsi Bank di bawah Akta ini, apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan—
hal ehwal—
mana-mana orang yang diberi kuasa, orang berdaftar, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan yang adalah suatu subsidiari institusi asing; atau
mana-mana orang yang diberi kuasa, orang berdaftar, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan yang adalah suatu sekutu institusi asing;
mana-mana pejabat orang yang diberi kuasa, orang berdaftar, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan; atau
mana-mana orang yang diberi kuasa, orang berdaftar, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan bagi maksud menilai suatu cadangan penubuhan mana-mana pejabat orang yang diberi kuasa, orang berdaftar, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan itu, sekiranya Bank berpendapat adalah perlu bagi dokumen atau maklumat itu didedahkan kepada pihak berkuasa penyeliaan berkaitan di luar Malaysia bagi maksud tunggal untuk menjalankan fungsi penyeliaannya.
Perkhidmatan Kewangan 169