Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English

Bahagian XI · Pemeriksaan

148. Pemeriksaan ke atas orang lain

Feedback & support
(1)

Bank boleh, bagi maksud suatu pemeriksaan di bawah seksyen 146, memeriksa—

164 Undang-Undang Malaysia AKTA 758

(a)

seseorang yang pernah pada bila-bila masa, pengarah atau pegawai orang yang disebut dalam subseksyen 146(1);

(b)

seseorang yang ialah, atau pernah pada bila-bila masa mempunyai urus niaga dengan orang yang disebut dalam subseksyen 146(1); atau

(c)

seseorang yang Bank percaya mengetahui tentang hakikat dan hal keadaan kes itu, termasuk juruaudit orang yang disebut dalam subseksyen 146(1), dan orang itu hendaklah memberikan kepada Bank dokumen, maklumat atau penjelasan itu sebagaimana yang dikehendaki oleh

Bank dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan olehnya.

(2)

Mana-mana orang yang tergolong di bawah perenggan (1)(b), atau juruaudit yang disebut dalam perenggan (1)(c) tidak bertanggungan bagi kemungkiran suatu kontrak yang berhubungan dengan, atau kewajipan, kerahsiaan kerana memberikan suatu dokumen, maklumat atau penjelasan di bawah subseksyen (1).

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

Report

Bahagian XII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIII

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XIV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XV

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVI

Peruntukan Am

Bahagian XVII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1 atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 1.

Schedules