Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVII · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
272. Kecualian dan peralihan
Feedback & supportWalau apa pun seksyen 271—
apa-apa kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, perintah, pemberitahuan atau perundangan subsidiari lain, yang dibuat dan apa-apa kelulusan, kuasa, keizinan, keputusan, arahan, pengecualian, notis, perintah, kebenaran, syor, kehendak, penentuan atau tindakan eksekutif lain, yang diberikan atau dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan dan berkuat kuasa atau mempunyai kesan sebelum tarikh yang ditetapkan, hendaklah disifatkan telah dibuat, diberi atau dilakukan di bawah suatu peruntukan bersamaan, dalam Akta ini atau suatu peruntukan bersamaan dalam mana-mana arahan yang dikeluarkan menurut seksyen 156, subseksyen 214(6) atau seksyen 216, dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya berhubung dengan orang yang baginya ia terpakai sehingga dipinda atau dibatalkan, kecuali perundangan subsidiari yang dinyatakan dalam Jadual 16 yang disifatkan telah dibatalkan;
tiap-tiap garis panduan, arahan, surat pekeliling atau notis di bawah Akta yang dimansuhkan berhubung dengan mana-mana perkara yang bersamaan dengan mana-mana peruntukan Akta ini, yang dikeluarkan sebelum tarikh yang ditetapkan dan berkuat kuasa sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan, hendaklah disifatkan sebagai standard yang telah ditentukan menurut undang-undang di bawah mana-mana
272 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
peruntukan Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya berhubung dengan orang yang baginya ia terpakai sehingga dipinda atau dibatalkan;
apa-apa permohonan bagi suatu lesen, kelulusan, pemberikuasaan, pemberitahuan, akuan terima, keizinan, kebenaran atau bagi apa-apa maksud lain jua pun, yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan dan yang belum selesai sebelum tarikh yang ditetapkan, hendaklah—
sekiranya terdapat suatu peruntukan bersamaan dalam
Akta ini atau dalam mana-mana arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 214(6) atau seksyen 216, diuruskan seolah-olah ia dibuat di bawah peruntukan itu;
sekiranya suatu peruntukan berlainan telah dibuat bagi permohonan di bawah Akta ini atau dalam mana-mana arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 214(6)
atau seksyen 216, diuruskan mengikut mana-mana peruntukan itu; dan
sekiranya tiada peruntukan bersamaan dalam Akta ini atau peruntukan berlainan telah dibuat bagi permohonan di bawah Akta ini atau dalam mana-mana arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 214(6)
atau seksyen 216, luput pada tarikh yang ditetapkan dan apa-apa fi atau bayaran lain yang diterima dengan permohonan itu hendaklah dikembalikan kepada orang itu;
semua transaksi, kemudahan kredit, urus niaga, kontrak, surat kuasa wakil atau perkiraan yang disempurnakan atau dibuat menurut undang-undang, dan semua perniagaan yang dilakukan menurut undang-undang di bawah Akta yang dimansuhkan dengan mana-mana orang hendaklah disifatkan telah disempurnakan, dibuat atau dilakukan menurut undang-undang dan sah di bawah Akta ini, dan dengan sewajarnya, apa-apa hak atau liabiliti di bawah transaksi,
Perkhidmatan Kewangan 273
urus niaga, perniagaan itu yang sedia ada sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah disifatkan terus menjadi menurut undang-undang dan sah di bawah Akta ini;
tanpa mengehadkan keluasan perenggan (d), semua polisi insurans yang dikeluarkan, semua transaksi atau urus niaga yang disempurnakan atau dibuat menurut undang-undang, dan semua perniagaan yang dilakukan menurut undang-undang, di bawah Akta Insurans 1996 yang dimansuhkan oleh seseorang yang dilesenkan di bawah Akta yang dimansuhkan itu dan telah diberi kuasa atau didaftarkan atau disifatkan telah diberi kuasa atau didaftarkan di bawah Akta ini, dengan mana-mana pemunya polisi, pelanggan, pemiutang, penghutang atau orang lain hendaklah disifatkan telah disempurnakan, dibuat atau dilakukan menurut undang-undang dan sah di bawah Akta ini, dan mana-mana hak atau liabiliti di bawah transaksi, urus niaga atau perniagaan yang sedia ada sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah disifatkan terus menjadi menurut undang-undang dan sah di bawah Akta ini;
tiada apa jua pun yang boleh menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk disiasat, didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan;
apa-apa prosiding undang-undang, pendakwaan jenayah atau penyiasatan yang belum selesai di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah diteruskan di bawah Akta yang dimansuhkan itu seolah-olah Akta yang dimansuhkan itu berkuat kuasa;
tertakluk pada perenggan (i), apa-apa sebutan kepada Akta yang dimansuhkan dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah diertikan sebagai suatu sebutan kepada
Akta ini dan apa-apa sebutan kepada mana-mana peruntukan khusus Akta yang dimansuhkan dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah diertikan sebagai suatu
274 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
sebutan kepada suatu peruntukan Akta ini yang bersamaan dengan seberapa hampir kepada peruntukan khusus itu;
apa-apa sebutan kepada Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 atau kawalan pertukaran atau apa-apa peruntukan khusus, atau secara amnya kepada peruntukan, Akta
Kawalan Pertukaran Wang 1953 yang dimansuhkan dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah diertikan sebagai suatu sebutan kepada seksyen 214 atau 216 Akta ini atau suatu peruntukan bersamaan dalam mana-mana arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 214(6)
atau seksyen 216;
apa-apa sebutan kepada Pengawal Pertukaran Wang Asing dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah diertikan dengan sewajarnya sebagai suatu sebutan kepada
Bank;
apa-apa sebutan kepada seorang “peniaga yang diberi kuasa”
dalam subseksyen 1(3) Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 [Akta 731] hendaklah diertikan sebagai suatu sebutan kepada bank berlesen di bawah Akta ini dan tafsiran seorang
“peniaga yang diberi kuasa” dalam seksyen 2 Akta itu hendaklah diertikan dengan sewajarnya;
apa-apa hak, manfaat, keistimewaan, obligasi atau liabiliti yang diperoleh, terakru atau ditanggung di bawah Akta yang dimansuhkan, hendaklah terus berkuat kuasa di bawah Akta ini; dan
semua tindakan atau benda lain yang dilakukan di bawah
Akta yang dimansuhkan hendaklah disifatkan telah dilakukan di bawah Akta ini dan dengan sewajarnya, hendaklah terus menjadi sah dan menurut undang-undang di bawah Akta ini.
Perkhidmatan Kewangan 275