Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVII · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
275. Peruntukan kecualian dan peralihan berkenaan dengan peruntukan khusus Akta Insurans 1996 yang dimansuhkan
Feedback & supportWalau apa pun pemansuhan Akta Insurans 1996 di bawah seksyen 271—
subseksyen 147(4) dan (5), dan seksyen 150 dan 151
Akta Insurans 1996 yang dimansuhkan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya sehingga suatu tarikh yang akan ditetapkan oleh Menteri mengikut subseksyen 1(2) bagi permulaan berkuat kuasa seksyen 129
dan Jadual 9;
seksyen 144 dan 224 Akta Insurans 1996 yang dimansuhkan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya sehingga suatu tarikh yang akan ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta; dan
suatu kumpulan wang insurans yang ditubuhkan dan disenggarakan di bawah seksyen 38 Akta Insurans 1996 yang
278 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
dimansuhkan hendaklah disifatkan telah ditubuhkan dan disenggarakan di bawah seksyen 81.