Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVII · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
274. Kecualian berkenaan dengan perniagaan kewangan Islam
Feedback & supportOrang yang berikut hendaklah disifatkan telah diluluskan di bawah subseksyen 15(1):
bank berlesen atau bank pelaburan berlesen yang telah berunding dengan Bank di bawah seksyen 124 Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang dimansuhkan, dan telah mendapatkan kelulusan Bank bagi menjalankan perniagaan perbankan Islam;
pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan yang telah memperoleh suatu kelulusan bertulis di bawah subseksyen 25(1) Akta Sistem Pembayaran 2003
yang dimansuhkan bagi pengeluaran instrumen pembayaran
Islam yang ditetapkan; dan
pengendali—
Perkhidmatan Kewangan 277
sistem pembayaran yang telah diberikan notis di bawah subseksyen 5(1) Akta Sistem Pembayaran 2003 yang dimansuhkan dengan syarat bahawa perniagaan pengendali bagi sistem pembayaran itu bersamaan dengan sistem pembayaran yang dinyatakan dalam Bahagian 1 Jadual 1 Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013; atau
sistem pembayaran yang ditetapkan yang memudahkan peserta yang terlibat dalam perniagaan kewangan Islam untuk memindahkan, menjelaskan atau menyelesaikan dana atau sekuriti, dan mana-mana syarat yang dikenakan atas orang itu di bawah Akta yang dimansuhkan yang disebut dalam perenggan (a), (b) dan (c)
sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah disifatkan dikenakan di bawah subseksyen 15(1).