Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English

Bahagian XVII · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

273. Kecualian berkenaan dengan lesen yang diberikan di bawah Akta yang dimansuhkan

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada peruntukan subseksyen (2)—

(a)

lesen yang diberikan kepada seseorang oleh Menteri—

(i)

di bawah subseksyen 6(4)

Akta

Bank dan

Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang dimansuhkan untuk menjalankan perniagaan perbankan atau perniagaan bank saudagar, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta itu; dan

(ii)

di bawah seksyen 16 Akta Insurans 1996 yang dimansuhkan untuk menjalankan perniagaan insurans di bawah Akta itu, hendaklah disifatkan sebagai suatu lesen yang diberikan di bawah seksyen 10 yang memberi kuasa kepada orang itu untuk menjalankan perniagaan perbankan, perniagaan perbankan pelaburan atau perniagaan insurans, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(b)

suatu lesen yang diberikan kepada seseorang—

(i)

oleh

Menteri di bawah subseksyen 6(4)

Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989

yang dimansuhkan untuk menjalankan perniagaan pembrokeran wang; dan

(ii)

oleh Bank di bawah seksyen 17 Akta Insurans 1996

yang dimansuhkan untuk menjalankan perniagaan pembrokeran insurans atau perniagaan nasihat kewangan, hendaklah disifatkan sebagai suatu kebenaran yang diberikan di bawah seksyen 11 yang memberi kuasa orang itu untuk menjalankan perniagaan pembrokeran wang, perniagaan

276 Undang-Undang Malaysia AKTA 758

pembrokeran insurans dan perniagaan penasihat kewangan, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(c)

ajuster yang dilesenkan oleh Bank di bawah seksyen 17 Akta

Insurans 1996 yang dimansuhkan untuk menjalankan perniagaan pengajusteran hendaklah disifatkan sebagai orang yang berdaftar di bawah subseksyen 18(1).

(2)

Orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah terus menjadi tertakluk pada syarat yang terpakai baginya sebelum tarikh yang ditetapkan, seolah-olah syarat itu dikenakan di bawah Akta ini.

(3)

Jika dalam mana-mana undang-undang bertulis, apa-apa sebutan yang dibuat kepada suatu bank saudagar yang dilesenkan di bawah subseksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-Institusi

Kewangan 1989 yang dimansuhkan, ia hendaklah diertikan sebagai suatu sebutan kepada bank pelaburan berlesen.

Report

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1 atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 1.

Schedules