Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian · Bahagian 2 Jadual 1.
10. Pemberian lesen oleh Menteri
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Dalam menilai suatu permohonan yang dibuat dengan sempurnanya di bawah seksyen 9 untuk menjalankan apa-apa perniagaan berlesen, Bank hendaklah mengambil kira semua faktor yang dinyatakan dalam Bahagian 1 dan Bahagian 2 Jadual 5 dan apa-apa perkara lain yang Bank berpendapat adalah berkaitan.
Apabila membuat suatu penilaian di bawah subseksyen (1) dan jika Bank berpuas hati bahawa pemohon itu boleh diberikan suatu lesen, Bank hendaklah membuat suatu syor kepada Menteri untuk memberikan suatu lesen di bawah subseksyen (4) dengan atau tanpa syarat.
Bank hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis sekiranya Bank tidak membuat suatu syor kepada Menteri di bawah subseksyen (2).
Jika Bank membuat suatu syor menurut subseksyen (2), Menteri boleh memberikan suatu lesen kepada pemohon untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam, perniagaan takaful, perniagaan perbankan Islam antarabangsa atau perniagaan takaful antarabangsa, dengan atau tanpa syarat.
Bank hendaklah memberitahu pemohon itu secara bertulis keputusan Menteri di bawah subseksyen (4).
Jika Menteri memberikan suatu lesen di bawah subseksyen (4), orang berlesen hendaklah memulakan perniagaan berlesennya dalam suatu tempoh atau mana-mana tempoh lanjut sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, atas syor Bank.
58 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
Bahagian IV
Kehendak Shariah
Bahagian V
Sistem Pembayaran
Bahagian VI
Kehendak Berhemat
Bahagian VII
Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan
Bahagian VIII
Kumpulan Kewangan
Bahagian IX
Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna
Bahagian 3
Bahagian X
Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam
Bahagian XI
Pengemukaan Dokumen atau Maklumat
Bahagian XII
Pemeriksaan
Bahagian XIII
Arahan Pematuhan
Bahagian XIV
Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Bahagian XV
Kuasa Bank yang Lain
Bahagian XVI
Penguatkuasaan dan Penalti
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII