Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian · Bahagian 2 Jadual 1.
20. Section 20
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika—
Menteri membatalkan lesen orang berlesen di bawah seksyen 18;
Bank membatalkan kelulusan pejabat wakil yang diluluskan di bawah subseksyen 17(6) atau (7), atau orang yang diluluskan di bawah seksyen 18;
penyerahan balik lesen oleh orang berlesen atau pemberitahuan oleh orang yang diluluskan mengenai pemberhentian perniagaannya atau pejabat wakil yang diluluskan mengenai pemberhentian pengendaliannya telah berkuat kuasa di bawah subseksyen 19(4); atau
kelulusan yang diberikan kepada orang yang diluluskan di bawah seksyen 11 telah habis tempoh,
Perkhidmatan Kewangan Islam 69
orang atau pejabat wakil itu hendaklah dengan serta merta terhenti menjalankan perniagaannya atau pengendaliannya mengikut mana-mana yang berkenaan.
Walau apa pun pembatalan, penyerahan balik, pemberitahuan pemberhentian perniagaan atau pengendalian, atau habis tempoh yang disebutkan dalam subseksyen (1), orang atau pejabat wakil yang disebutkan dalam subseksyen (1) hendaklah terus—
tertakluk pada Akta ini pada takat yang sama sebagaimana orang yang diberi kuasa atau pejabat wakil yang diluluskan, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
menunaikan obligasinya, sehingga Bank berpuas hati bahawa orang atau pejabat wakil itu telah menunaikan obligasinya, atau bahawa perkiraan yang mencukupi telah dibuat untuk menunaikan obligasinya, yang belum selesai pada masa pembatalan, penyerahan balik, pemberitahuan pemberhentian perniagaan atau pengendalian atau habis tempoh, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Suatu pembatalan, penyerahan balik, pemberitahuan pemberhentian perniagaan atau pengendalian atau habis tempoh yang disebutkan dalam subseksyen (1) tidak boleh berfungsi untuk—
mengelak atau menjejaskan mana-mana perjanjian, perkiraan atau transaksi yang dibuat oleh seseorang atau wakil pejabat itu yang disebut dalam subseksyen (1) dengan mana-mana orang; atau
menjejaskan apa-apa hak, obligasi atau liabiliti yang berbangkit di bawah mana-mana perjanjian, perkiraan atau transaksi itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau gagal untuk menunaikan obligasinya di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya.
70 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
Bahagian IV
Kehendak Shariah
Bahagian V
Sistem Pembayaran
Bahagian VI
Kehendak Berhemat
Bahagian VII
Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan
Bahagian VIII
Kumpulan Kewangan
Bahagian IX
Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna
Bahagian 3
Bahagian X
Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam
Bahagian XI
Pengemukaan Dokumen atau Maklumat
Bahagian XII
Pemeriksaan
Bahagian XIII
Arahan Pematuhan
Bahagian XIV
Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Bahagian XV
Kuasa Bank yang Lain
Bahagian XVI
Penguatkuasaan dan Penalti
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII