Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian · Bahagian 2 Jadual 1.
17. Kehendak bagi pejabat wakil
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiada institusi asing pun boleh—
menubuhkan suatu pejabat wakil di Malaysia melainkan jika ia telah mendapat kelulusan bertulis terdahulu Bank;
atau
melalui pejabat wakil yang diluluskan, menjalankan apa-apa perniagaan yang dibenarkan di Malaysia.
64 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
Tertakluk pada larangan di bawah perenggan (1)(b), suatu institusi asing boleh menjalankan, melalui pejabat wakil yang diluluskannya, aktiviti sebagaimana yang ditentukan oleh Bank sahaja.
Suatu permohonan untuk menubuhkan suatu pejabat wakil hendaklah dibuat secara bertulis kepada Bank berserta dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
Bank boleh atas suatu permohonan yang dibuat dengan sempurna mengikut subseksyen (3) meluluskan permohonan itu, dengan atau tanpa syarat, atau menolak permohonan itu.
Bank boleh pada bila-bila masa secara bertulis meminda atau membatalkan mana-mana syarat sedia ada suatu kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (4) atau mengenakan apa-apa syarat baharu atasnya.
Bank boleh membatalkan suatu kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (4) sekiranya—
pejabat wakil yang diluluskan telah—
mungkir atau melanggar mana-mana peruntukan
Akta ini atau Akta Bank Negara Malaysia 2009; atau
gagal untuk mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan menurut kelulusan itu, tidak kira bahawa tiada pendakwaan atau tindakan lain berkenaan dengan kemungkiran, pelanggaran atau ketidakpatuhan itu;
pejabat wakil yang diluluskan itu telah melanggar mana-mana undang-undang di dalam atau di luar Malaysia;
atau
ia adalah demi kepentingan pengguna perkhidmatan dan produk kewangan di Malaysia untuk berbuat sedemikian.
Perkhidmatan Kewangan Islam 65
Bank boleh, dengan kelulusan Menteri, membatalkan suatu kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (4) sekiranya ia demi kepentingan nasional untuk berbuat sedemikian.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) atau gagal untuk mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (4) atau (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.
Bahagian IV
Kehendak Shariah
Bahagian V
Sistem Pembayaran
Bahagian VI
Kehendak Berhemat
Bahagian VII
Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan
Bahagian VIII
Kumpulan Kewangan
Bahagian IX
Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna
Bahagian 3
Bahagian X
Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam
Bahagian XI
Pengemukaan Dokumen atau Maklumat
Bahagian XII
Pemeriksaan
Bahagian XIII
Arahan Pematuhan
Bahagian XIV
Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Bahagian XV
Kuasa Bank yang Lain
Bahagian XVI
Penguatkuasaan dan Penalti
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII