Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian · Bahagian 2 Jadual 1.

18. Alasan bagi pembatalan pemberikuasaan

(1)

Menteri boleh, atas syor Bank, membatalkan lesen orang berlesen, dan Bank boleh membatalkan kelulusan orang yang diluluskan, atas alasan bahawa—

(a)

orang itu menuju matlamat, atau menjalankan pengendaliannya, perniagaannya, hal ehwalnya dan aktivitinya yang bertentangan dengan Shariah;

(b)

Bank telah, berkaitan dengan permohonan di bawah seksyen 9, diberikan maklumat yang palsu, mengelirukan, tidak tepat atau tidak lengkap;

(c)

orang itu tidak memulakan perniagaan berkenaan yang ia dilesenkan atau diluluskan dalam tempoh yang ditentukan oleh Menteri di bawah subseksyen 10(6) atau oleh Bank di bawah subseksyen 11(5);

(d)

orang itu telah terhenti daripada menjalankan perniagaan yang ia dilesenkan atau diluluskan;

(e)

orang itu telah—

66 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

(i)

memungkiri atau melanggar mana-mana peruntukan

Akta ini atau Akta Bank Negara Malaysia 2009;

(ii)

gagal untuk mematuhi mana-mana syarat lesennya atau kelulusannya; atau

(iii)

gagal untuk mematuhi mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh Bank di bawah seksyen 168

atau suatu perintah di bawah Akta Bank Negara

Malaysia 2009, tidak kira bahawa tiada pendakwaan atau tindakan lain berkenaan dengan kemungkiran, pelanggaran atau ketidakpatuhan itu;

(f)

orang itu telah terhenti menjadi berdaya maju pada pendapat Bank;

(g)

Bank, menurut pelaksanaan kuasanya di bawah

Bahagian XIV yang berhubungan dengan orang itu, telah secara substantial menyempurnakan semua pemindahan perniagaan, aset atau liabiliti orang itu;

(h)

orang itu telah digulungkan atau dibubarkan selainnya; atau

(i)

ia adalah demi kepentingan pengguna perkhidmatan dan produk kewangan untuk berbuat demikian.

(2)

Menteri boleh, atas syor Bank, membatalkan lesen orang berlesen, dan Bank boleh dengan persetujuan Menteri membatalkan suatu kelulusan orang yang diluluskan, sekiranya ia demi kepentingan awam untuk berbuat sedemikian.

(3)

Sebagai tambahan kepada subseksyen (1) dan (2), Bank boleh membatalkan kelulusan orang yang diluluskan atas alasan bahawa—

(a)

pada pendapat Bank orang itu sedang melakukan atau akan melakukan suatu perbuatan, atau sedang menuruti atau akan menuruti penjalanan pelakuan, yang tidak selamat atau tidak wajar atau telah gagal untuk melakukan suatu

Perkhidmatan Kewangan Islam 67

perbuatan atau menuruti penjalanan pelakuan yang perlu untuk mengekalkan keselamatan dan kekukuhan orang itu;

(b)

pada pendapat Bank, orang itu sedang menjalankan perniagaan dengan cara yang memudaratkan kepentingan pelanggannya, pemiutangnya, pesertanya, penggunanya atau orang awam secara amnya;

(c)

penerima atau pengurus bagi harta orang itu telah dilantik;

atau

(d)

milikan harta orang itu telah diambil oleh atau bagi pihak pemegang debentur menurut suatu gadaian atas harta itu.

(4)

Bank—

(a)

hendaklah menyiarkan dalam Warta, dengan seberapa segera yang praktik, notis suatu pembatalan suatu lesen di bawah subseksyen (1) atau (2); atau

(b)

boleh menyiarkan suatu notis pembatalan suatu kelulusan di bawah subseksyen (1), (2) atau (3) mengikut apa-apa cara yang Bank dapati sesuai.

Report

Bahagian IV

Kehendak Shariah

Bahagian V

Sistem Pembayaran

Bahagian VI

Kehendak Berhemat

Bahagian VII

Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan

Bahagian VIII

Kumpulan Kewangan

Bahagian IX

Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

Bahagian 3

Bahagian X

Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam

Bahagian XI

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XII

Pemeriksaan

Bahagian XIII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules