Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian · Bahagian 2 Jadual 1.

14. Section 14

(1)

Subseksyen 8(1) tidak melarang atau menyekat—

(a)

bank berlesen atau bank pelaburan berlesen di bawah Akta

Perkhidmatan Kewangan 2013 daripada menjalankan perniagaan perbankan Islam;

(b)

broker insurans yang diluluskan di bawah Akta

Perkhidmatan Kewangan 2013 daripada menjalankan perniagaan pembrokeran takaful;

(c)

penasihat kewangan yang diluluskan di bawah Akta

Perkhidmatan Kewangan 2013 daripada menjalankan perniagaan nasihat kewangan Islam;

(d)

pengendali sistem pembayaran yang diluluskan di bawah

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 untuk memudahkan peserta yang terlibat dalam perniagaan kewangan Islam untuk memindahkan, menjelaskan atau menyelesaikan dana atau sekuriti; atau

(e)

pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013

daripada mengeluarkan instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan:

Perkhidmatan Kewangan Islam 61

Dengan syarat bahawa bank berlesen, bank pelaburan berlesen, broker insurans yang diluluskan, penasihat kewangan yang diluluskan, pengendali sistem pembayaran yang diluluskan atau pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan itu telah mendapatkan kelulusan bertulis terdahulu

Bank di bawah subseksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

(2)

Seseorang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah tertakluk pada dan mematuhi—

(a)

peruntukan Akta ini, khususnya peruntukan Bahagian IV,

VI, IX, X dan XIII, setakat peruntukan itu berhubung dengan perniagaan orang yang diluluskan itu untuk menjalankan di bawah subseksyen 15(1)

Akta

Perkhidmatan Kewangan 2013, seolah-olah suatu sebutan dalam Akta ini kepada—

(i)

“orang yang diberi kuasa” adalah sebutan kepada mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (1)(a) hingga (e);

(ii)

“orang berlesen” adalah sebutan kepada orang yang disebut dalam perenggan (1)(a); atau

(iii)

“orang yang diluluskan” adalah sebutan kepada orang yang disebut dalam perenggan (1)(b) hingga (e); dan

(b)

apa-apa standard, notis, arahan, syarat, penentuan atau kehendak yang ditentukan atau dibuat di bawah Akta ini yang berhubungan dengan perniagaan orang yang diluluskan itu untuk menjalankan di bawah subseksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

(3)

Menteri boleh, atas syor Bank, melalui suatu perintah yang disiarkan dalam Warta, memperuntukkan bahawa semua atau mana-mana peruntukan Akta ini—

(a)

tidak terpakai bagi seorang yang disebut dalam subseksyen (1); atau 62 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

(b)

terpakai bagi seorang yang disebut dalam subseksyen (1)

dengan apa-apa ubah suaian selaras dengan objektif pengawalseliaan Akta ini, seperti yang dinyatakan dalam perintah itu.

(4)

Mana-mana orang yang yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau apa-apa standard, notis, arahan, syarat, penentuan atau kehendak yang ditentukan atau dibuat oleh Bank di bawah Akta ini dan terpakai baginya di bawah subseksyen (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan penalti sama yang terpakai bagi orang yang disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah peruntukan itu dan sekiranya tiada kesalahan yang diperuntukkan bagi pelanggaran sedemikian, orang yang melakukan suatu kemungkiran dan Bank boleh mengambil suatu tindakan di bawah perenggan 245(3)(b) sebagai tambahan kepada tindakan penguatkuasaan lain yang Bank diberi kuasa untuk mengambil di bawah Akta ini.

Report

Bahagian IV

Kehendak Shariah

Bahagian V

Sistem Pembayaran

Bahagian VI

Kehendak Berhemat

Bahagian VII

Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan

Bahagian VIII

Kumpulan Kewangan

Bahagian IX

Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

Bahagian 3

Bahagian X

Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam

Bahagian XI

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XII

Pemeriksaan

Bahagian XIII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules