Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian · Bahagian 2 Jadual 1.

19. Penyerahan balik lesen atau pemberitahuan pemberhentian perniagaan atau pengendalian

(1)

Orang berlesen boleh menyerah balik lesennya kepada Bank dan apabila diserah balik, orang berlesen itu hendaklah memberi suatu notis bertulis mengenai penyerahan balik lesennya kepada Bank.

(2)

Orang yang diluluskan hendaklah mengemukakan suatu notis bertulis kepada

Bank sekiranya ia terhenti menjalankan perniagaannya.

(3)

Pejabat wakil yang diluluskan hendaklah mengemukakan suatu notis bertulis kepada Bank sekiranya pengendaliannya terhenti.

(4)

Penyerahan balik di bawah subseksyen (1) atau pemberitahuan di bawah subseksyen (2) atau (3) hendaklah berkuat kuasa pada tarikh

68 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

Bank menerima notis itu atau jika suatu tarikh terkemudian ditentukan dalam notis itu, pada tarikh itu.

(5)

Bank—

(a)

hendaklah menyiarkan dalam Warta, dengan seberapa segera yang praktik, suatu notis mengenai suatu penyerahan balik suatu lesen di bawah subseksyen (1); atau

(b)

boleh menyiarkan suatu notis pemberhentian perniagaan di bawah subseksyen (2) atau pemberhentian pengendalian di bawah subseksyen (3) mengikut apa-apa cara yang Bank dapati sesuai.

(6)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (3)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau kedua-duanya.

Kesan pembatalan, penyerahan balik, pemberitahuan pemberhentian perniagaan atau pengendalian, dan habis tempoh

Report

Bahagian IV

Kehendak Shariah

Bahagian V

Sistem Pembayaran

Bahagian VI

Kehendak Berhemat

Bahagian VII

Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan

Bahagian VIII

Kumpulan Kewangan

Bahagian IX

Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

Bahagian 3

Bahagian X

Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam

Bahagian XI

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XII

Pemeriksaan

Bahagian XIII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules