Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian · Bahagian 2 Jadual 1.
12. Kehendak dana modal minimum atau lebihan aset berbanding liabiliti
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiada seorang pun boleh diberikan suatu lesen di bawah seksyen 10 atau suatu kelulusan di bawah seksyen 11 sekiranya—
dalam hal suatu syarikat, dana modalnya; atau
dalam hal suatu cawangan yang ditubuhkan di Malaysia oleh suatu institusi asing, lebihan aset berbanding liabilitinya, kurang daripada amaun minimum sebagaimana yang ditetapkan oleh
Menteri dalam hal orang berlesen, atau Bank dalam hal orang yang diluluskan.
Tiap-tiap orang yang diberi kuasa hendaklah, dalam menjalankan perniagaannya yang dibenarkan, menyenggara pada setiap masa apa-apa amaun minimum yang terpakai baginya.
Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), Menteri boleh memberikan suatu lesen di bawah seksyen 10 kepada seseorang tertakluk pada syarat bahawa orang itu mencapai amaun minimum dengan cara dan dalam tempoh yang ditentukan oleh Bank, dengan kelulusan Menteri.
Bagi maksud seksyen ini, “dana modal” ertinya modal berbayar dan apa-apa rizab sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
Mana-mana orang yang diberi kuasa yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.
Bahagian IV
Kehendak Shariah
Bahagian V
Sistem Pembayaran
Bahagian VI
Kehendak Berhemat
Bahagian VII
Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan
Bahagian VIII
Kumpulan Kewangan
Bahagian IX
Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna
Bahagian 3
Bahagian X
Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam
Bahagian XI
Pengemukaan Dokumen atau Maklumat
Bahagian XII
Pemeriksaan
Bahagian XIII
Arahan Pematuhan
Bahagian XIV
Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Bahagian XV
Kuasa Bank yang Lain
Bahagian XVI
Penguatkuasaan dan Penalti
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII