Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VI · Kehendak Berhemat

57. Kuasa Bank untuk menentukan standard perkara berhemat

(1)

Bank boleh menentukan standard mengenai perkara berhemat untuk menggalakkan—

(a)

kedudukan kewangan yang kukuh suatu institusi; atau

(b)

integriti, profesionalisme dan kepakaran dalam pelakuan perniagaan, hal ehwal dan aktiviti institusi.

(2)

Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), standard yang ditentukan di bawah subseksyen itu boleh termasuk standard yang berhubungan dengan—

(a)

kecukupan modal;

(b)

likuiditi;

(c)

tadbir urus korporat;

(d)

pengurusan risiko;

(e)

transaksi pihak yang berkaitan;

(f)

penyenggaraan kumpulan wang rizab;

94 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

(g)

kumpulan wang takaful; dan

(h)

pencegahan institusi daripada digunakan, dengan sengaja atau tidak sengaja, bagi aktiviti jenayah.

(3)

Bagi maksud perenggan (2)(e), “transaksi pihak yang berkaitan”

ertinya transaksi dengan suatu institusi yang melibatkan—

(a)

pengarah, pegawai atau pemegang syer institusi itu;

(b)

anggota jawatankuasa Shariah institusi itu;

(c)

mana-mana orang yang dalam suatu kedudukan untuk mempengaruhi atau mengawal institusi itu atau menjejaskan keputusan institusi itu;

(d)

saudara atau tanggungan mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c); atau

(e)

mana-mana orang lain sebagaimana yang ditentukan oleh

Bank, yang pada pendapat Bank boleh menyebabkan institusi itu berada dalam suatu keadaan percanggahan kepentingan.

Report

Bahagian VII

Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan

Bahagian VIII

Kumpulan Kewangan

Bahagian IX

Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

Bahagian 3

Bahagian X

Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam

Bahagian XI

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XII

Pemeriksaan

Bahagian XIII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules