Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian VI · Kehendak Berhemat
66. Kewajipan pengarah
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pengarah institusi hendaklah pada setiap masa—
bertindak dengan suci hati demi kepentingan terbaik institusi itu;
melaksanakan jagaan, kemahiran dan ketekunan yang munasabah dengan—
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang semunasabahnya dijangka daripada pengarah yang mempunyai tanggungjawab yang sama; dan
apa-apa pengetahuan, kemahiran dan pengalaman tambahan pengarah itu;
hanya melaksanakan kuasa yang diberikan kepadanya bagi maksud kuasa itu diberikan;
melaksanakan pertimbangan waras dan bebas; dan 100 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
mematuhi apa-apa standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 29(2) yang terpakai bagi pengarah.
Subseksyen (1) mempunyai kesan sebagai tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berhubungan dengan kewajipan atau liabiliti pengarah.
Mana-mana pengarah yang melanggar perenggan (1)(c)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.
Bahagian VII
Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan
Bahagian VIII
Kumpulan Kewangan
Bahagian IX
Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna
Bahagian 3
Bahagian X
Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam
Bahagian XI
Pengemukaan Dokumen atau Maklumat
Bahagian XII
Pemeriksaan
Bahagian XIII
Arahan Pematuhan
Bahagian XIV
Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Bahagian XV
Kuasa Bank yang Lain
Bahagian XVI
Penguatkuasaan dan Penalti
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII