Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VI · Kehendak Berhemat

64. Kehendak untuk menjadi pengerusi, pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan

(1)

Suatu institusi tidak boleh melantik atau memilih, melantik semula atau memilih semula mana-mana orang sebagai pengerusi, pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan institusi itu melainkan jika orang itu—

(a)

ialah seorang individu;

(b)

tidak hilang kelayakan di bawah subseksyen 68(1); dan

(c)

telah mematuhi kehendak layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen 69.

(2)

Tiada orang boleh dilantik atau dipilih, dilantik semula atau dipilih semula atau menerima apa-apa pelantikan atau pemilihan, pelantikan semula atau pemilihan semula sebagai pengerusi, pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan suatu institusi, melainkan jika orang itu—

(a)

tidak hilang kelayakan di bawah subseksyen 68(1); dan

(b)

telah mematuhi standard kehendak layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen 69.

98 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

(3)

Melainkan jika Bank meluluskan selainnya, ketua pegawai eksekutif institusi hendaklah mempunyai tempat kediaman utamanya atau tempat kediamannya di Malaysia dan menumpukan keseluruhan masa profesionalnya untuk berkhidmat bagi institusi itu.

Report

Bahagian VII

Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan

Bahagian VIII

Kumpulan Kewangan

Bahagian IX

Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

Bahagian 3

Bahagian X

Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam

Bahagian XI

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XII

Pemeriksaan

Bahagian XIII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules