Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian VI · Kehendak Berhemat
65. Fungsi dan kewajipan lembaga pengarah
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Perniagaan dan hal ehwal institusi hendaklah diuruskan di bawah arahan dan pengawasan lembaga pengarahnya tertakluk pada
Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis lain yang boleh terpakai bagi institusi itu.
Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), lembaga pengarah hendaklah—
menetapkan dan mengawasi pelaksanaan objektif dan strategi perniagaan dan risiko dan dalam melakukan hal sedemikian hendaklah mengambil kira daya maju jangka panjang institusi itu dan standard urus niaga adil yang munasabah;
memastikan dan mengawasi reka bentuk berkesan dan pelaksanaan kawalan dalaman yang kukuh, pematuhan dan sistem pengurusan risiko setara dengan jenis, skala dan kerumitan perniagaan dan struktur institusi itu;
mengawasi pelaksanaan pengurusan kanan dalam menguruskan perniagaan dan hal ehwal institusi itu;
memastikan bahawa terdapat suatu proses pelaporan kewangan yang boleh dipercayai dan telus dalam institusi itu;
menggalakkan komunikasi yang tepat pada masanya dan berkesan antara institusi itu dan Bank mengenai perkara yang menjejaskan atau yang boleh menjejaskan keselamatan dan kekukuhan institusi itu; dan
Perkhidmatan Kewangan Islam 99
mengambil kira apa-apa keputusan jawatankuasa Shariah atas apa-apa isu Shariah yang berhubungan dengan penjalanan perniagaan, hal ehwal atau aktiviti institusi itu.
Dalam menjalankan fungsinya atau kewajipannya di bawah
Penggal ini—
lembaga pengarah institusi hendaklah mengambil kira kepentingan, mengikut mana-mana yang berkenaan, pendeposit, pemegang akaun pelaburan dan peserta takaful institusi itu atau peserta; dan
lembaga pengarah pengendali takaful berlesen hendaklah, dalam keadaan percanggahan antara kepentingan peserta takaful dan pemegang syer, memberi keutamaan kepada kepentingan peserta takaful.
Bahagian VII
Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan
Bahagian VIII
Kumpulan Kewangan
Bahagian IX
Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna
Bahagian 3
Bahagian X
Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam
Bahagian XI
Pengemukaan Dokumen atau Maklumat
Bahagian XII
Pemeriksaan
Bahagian XIII
Arahan Pematuhan
Bahagian XIV
Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Bahagian XV
Kuasa Bank yang Lain
Bahagian XVI
Penguatkuasaan dan Penalti
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII