Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VI · Kehendak Berhemat

63. Pengerusi, pengarah dan ketua pegawai eksekutif institusi

(1)

Tiap-tiap institusi hendaklah pada setiap masa mempunyai ketua pegawai eksekutif.

(2)

Kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu Bank—

(a)

tiada orang berlesen boleh melantik atau memilih, atau melantik semula atau memilih semula mana-mana orang sebagai pengerusinya, pengarahnya atau ketua pegawai eksekutifnya; dan

(b)

tiada orang boleh menerima mana-mana pelantikan atau pemilihan, atau pelantikan semula atau pemilihan semula sebagai pengerusi, pengarah atau ketua pegawai eksekutif, orang berlesen.

(3)

Orang berlesen hendaklah mengemukakan suatu permohonan secara bertulis kepada Bank berserta dengan apa-apa dokumen atau

Perkhidmatan Kewangan Islam 97

maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank bagi maksud suatu kelulusan di bawah subseksyen (2).

(4)

Orang yang diluluskan atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan hendaklah memberitahu Bank secara bertulis mengenai pelantikan, pelantikan semula, pemilihan atau pemilihan semula pengerusinya, pengarahnya atau ketua pegawai eksekutifnya dan dalam hal penasihat kewangan Islam yang diluluskan, wakilnya, dalam tempoh tujuh hari atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank berserta dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

Report

Bahagian VII

Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan

Bahagian VIII

Kumpulan Kewangan

Bahagian IX

Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

Bahagian 3

Bahagian X

Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam

Bahagian XI

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XII

Pemeriksaan

Bahagian XIII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules