Perumahan Rakyat 1MALAYSIA Act 2012 · Updated to 1 Jan 2020 · Bahagian III · Fungsi dan Kuasa Perbadanan
18. Kuasa Perbadanan
Feedback & supportPerbadanan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala benda yang perlu atau suai manfaat bagi atau yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), kuasa
Perbadanan termasuklah kuasa—
untuk menjalankan segala aktiviti yang didapati oleh
Perbadanan sebagai perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya;
untuk bekerjasama atau bertindak bersama dengan mana-mana Entiti Kerajaan atau orang, sama ada tempatan atau asing;
untuk menghendaki—
Entiti Kerajaan memberikan apa-apa bantuan dan mengemukakan apa-apa maklumat yang ada dalam milikan mereka sebagaimana yang dikehendaki oleh Perbadanan untuk membolehkan
Perbadanan menjalankan fungsinya; dan
orang yang terlibat dalam menjalankan atau bercadang untuk menjalankan pembangunan
PR1MA supaya mengemukakan laporan, yang mengandungi apa-apa butiran dan maklumat yang dinyatakan oleh Perbadanan, berkenaan dengan aktiviti mereka atau aktiviti yang dicadangkan berhubung dengan pembangunan PR1MA;
tertakluk kepada Bahagian VI—
Perumahan Rakyat 1Malaysia 27
untuk menyelaraskan dengan Entiti Kerajaan berhubung dengan pembangunan PR1MA;
untuk membuat syor kepada dan membantu Entiti
Kerajaan di mana pembangunan PR1MA sedang diusahakan berhubung dengan fungsi dan perkhidmatan kerajaan tempatan, termasuklah kawalan perancangan tempatan dan kawal seliaan dan kawalan bangunan dan pengendalian bangunan, reka bentuk dan rupa kompleks
PR1MA; atau
untuk bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejen yang diberi kuasa, atau selainnya bertindak bersama dengan atau bagi pihak, mana-mana
Entiti Kerajaan atau mana-mana orang, berhubung dengan kompleks PR1MA;
tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, untuk mengusahakan aktiviti komersial, termasuklah menjual, memajak atau menyewakan kesemua atau mana-mana bahagian tanah yang diuntukkan bagi pembangunan PR1MA dan ruang bangunan, lot tempat letak kereta atau papan iklan di dalam kompleks
PR1MA;
untuk mendekati secara langsung atau tidak langsung, berhubung rapat dengan, dan menyebarkan maklumat yang berkaitan kepada—
mana-mana pelabur atau pelabur berpotensi, sama ada tempatan atau asing, dengan tujuan untuk menggalakkan pelaburan dalam pembangunan
PR1MA; dan
mana-mana pembiaya atau pembiaya berpotensi, sama ada tempatan atau asing, bagi maksud membangunkan atau mencadangkan program bantuan bagi orang yang layak;
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 739
untuk mendekati secara langsung, berhubung rapat dengan, dan membuat kontrak dengan pembekal bahan mentah, barang siap atau jentera sama ada tempatan atau luar negara dan mengeluarkan bahan yang berhubungan dengan kerja pembinaan sama ada dengan sendiri atau bersama dengan pengeluar lain, dengan tujuan untuk mengoptimumkan kos kerja pembinaan yang berhubungan dengan kompleks PR1MA;
untuk melantik, mengambil kerja dan membayar ejen, penasihat teknikal dan kewangan, termasuklah peguam bela dan peguam cara, pengurus bank, pakar atau perunding dan orang lain, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan untuk menguruskan apa-apa perniagaan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki untuk diuruskan atau dilakukan dalam melaksanakan fungsinya;
untuk mengenakan fi, kos, levi atau apa-apa caj lain yang disifatkannya patut bagi perkhidmatan yang diberikannya;
untuk merumuskan dan melaksanakan pembangunan dan pembiayaan sumber manusia dan program kerjasama bagi pelaksanaan fungsinya yang sepatutnya dan berkesan; dan
untuk melakukan apa-apa jua yang bersampingan dengan mana-mana fungsi dan kuasanya.