Perumahan Rakyat 1MALAYSIA Act 2012 · Updated to 1 Jan 2020 · Bahagian III · Fungsi dan Kuasa Perbadanan
19. Fungsi dan kuasa tambahan Perbadanan
Feedback & supportSebagai tambahan kepada fungsi yang diberikan dan kuasa yang terletak hak pada Perbadanan oleh Akta ini,
Perbadanan boleh mengusahakan apa-apa fungsi lain, menjalankan apa-apa kuasa lain dan membelanjakan apa-apa wang lain bagi apa-apa maksud yang diserahkan atau diberikan kepadanya oleh
Kerajaan Persekutuan, dan dalam melakukan sedemikian,
Perbadanan hendaklah disifatkan sebagai memenuhi maksud Akta
Perumahan Rakyat 1Malaysia 29
ini dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi Perbadanan berkenaan dengan pengusahaan fungsi itu, penjalanan kuasa itu dan pembelanjaan wang itu.
Wang yang dibelanjakan bagi maksud yang diserahkan atau diberi kepada Perbadanan di bawah subseksyen (1) hendaklah disimpan berasingan dan terpisah daripada wang dalam Kumpulan
Wang Perbadanan PR1MA Malaysia dan Kumpulan Wang
Bantuan Orang yang Layak.