Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2020Read it in English

Bahagian III · Fungsi dan Kuasa Perbadanan

20. Pewakilan fungsi dan kuasa Perbadanan

Feedback & support
(1)

Perbadanan boleh, secara bertulis, mewakilkan mana-mana fungsi dan kuasanya, selain kuasanya untuk meminjam wang, untuk mendapatkan pinjaman atau membuat kaedah-kaedah, kepada—

(a)

Pengerusi Perbadanan;

(b)

seorang anggota Perbadanan;

(c)

Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan;

(d)

suatu jawatankuasa;

(e)

seorang pekerja Perbadanan; atau

(f)

suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan oleh

Perbadanan.

(2)

Tanpa menjejaskan subseksyen (1) dan peruntukan lain

Akta ini, Perbadanan boleh mewakilkan kepada seorang anggota

Perbadanan, Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan, suatu jawatankuasa, atau seorang pekerja Perbadanan atau suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan oleh Perbadanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang Perbadanan PR1MA

Malaysia atau Kumpulan Wang Bantuan Orang yang Layak atau apa-apa wang lain yang terletak hak pada dan di bawah kawalan

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 739

Perbadanan sehingga apa-apa takat yang dinyatakan oleh

Perbadanan.

(3)

Anggota

Perbadanan,

Jawatankuasa

Kelulusan dan

Pelaksanaan, jawatankuasa, pekerja Perbadanan atau pertubuhan perbadanan yang diwakilkan dengan fungsi atau kuasa sedemikian di bawah subseksyen (1) atau (2) hendaklah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Perbadanan dan segala kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Perbadanan.

(4)

Mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Perbadanan.

(5)

Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang

Perbadanan daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri mana-mana fungsi atau kuasa yang telah diwakilkan itu pada bila-bila masa.

Report

Bahagian IV

Pekerja Perbadanan

Bahagian V

Pembangunan PR1MA dan Kompleks PR1MA

Bahagian VI

Penyelarasan Dengan Entiti Kerajaan

Bahagian VII

Kewangan

Bahagian VIII

Hak untuk Membeli Semula Kediaman PR1MA

Bahagian IX

Tribunal Rayuan

Bahagian X

Schedules