Perumahan Rakyat 1MALAYSIA Act 2012 · Updated to 1 Jan 2020 · Bahagian III · Fungsi dan Kuasa Perbadanan
22. Penyata, laporan, akaun dan maklumat
Feedback & supportPerbadanan hendaklah memberi Menteri, dan mana-mana pihak berkuasa awam yang dinyatakan oleh Menteri, apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan aktivitinya dan kewangannya sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Perumahan Rakyat 1Malaysia 31
Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1),
Perbadanan hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh
Menteri, kepada mana-mana pihak berkuasa awam yang lain suatu laporan yang memperkatakan aktiviti-aktiviti Perbadanan semasa tahun kewangan yang sebelumnya.
Penyata, laporan, akaun dan maklumat itu hendaklah dalam apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Perbadanan dan apa-apa perkara lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa.