Skip to content

Seksyen 52

Penggeledahan boleh dilakukan tanpa waran

of Akta Petunjuk Geografi 2022

ActIn forceProvision 52 of 101
Seksyen 52

Jika Penolong Pengawal berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam mendapatkan waran geledah di bawah seksyen 51 penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan pelanggaran atau kesalahan mungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan,

Penolong Pengawal boleh memasuki premis dan menjalankan di dalam, pada dan berkenaan dengan premis itu, semua kuasa yang disebut dalam seksyen 51 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Akses kepada maklumat berekod atau data berkomputer, dsb.