Akta Petunjuk Geografi 2022 · Updated to 16 Mar 2022 · Bahagian X · Penyiasatan dan Penguatkuasaan
59. Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan balik
Feedback & supportTiada seorang pun, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang disita di bawah Akta ini, berhak untuk mendapatkan kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu telah dibuat tanpa sebab yang munasabah.