Skip to content

Seksyen 44

Penolong Pengawal boleh memegang simpan dokumen

of Akta Petunjuk Geografi 2022

ActIn forceProvision 44 of 101
Seksyen 44
(1)

Penolong Pengawal boleh mengambil dan memegang simpan selama apa-apa tempoh yang difikirkannya perlu apa-apa dokumen yang diperoleh di bawah Akta ini.

(2)

Orang yang memberikan dokumen itu berhak untuk dibekalkan, secepat yang dapat dilaksanakan, suatu salinan yang diperaku sah oleh Penolong Pengawal sebagai salinan benar dokumen itu.

(3)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, salinan yang diperaku sah bagi dokumen itu hendaklah diterima sebagai keterangan seolah-olah ia ialah dokumen asal.

Petunjuk Geografi 51

(4)

Jika Penolong Pengawal berpuas hati bahawa dokumen itu tidak lagi perlu dipegang simpan, Penolong Pengawal boleh mengembalikan dokumen itu kepada orang yang memberikan dokumen itu, secepat yang dapat dilaksanakan.