Skip to content

Seksyen 58

Pelepasan barang, dsb., yang disita

of Akta Petunjuk Geografi 2022

ActIn forceProvision 58 of 101
Seksyen 58
(1)

Jika apa-apa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda telah disita di bawah Akta ini, Penolong Pengawal yang melakukan penyitaan itu boleh melepaskan barang, dokumen, bahan, artikel

Undang-Undang Malaysia 62

Akta 836

atau benda itu kepada orang yang ditentukan olehnya sebagai berhak secara sah kepadanya, jika dia berpuas hati bahawa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu tidak dikehendaki selainnya bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan dalam keadaan sedemikian Penolong Pengawal yang melakukan penyitaan itu, Kerajaan, Pengawal atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan atau Pengawal tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu telah dilakukan dengan suci hati.

(2)

Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh Penolong

Pengawal yang melakukan pelepasan bagi apa-apa benda di bawah subseksyen (1) dengan menyatakan secara terperinci hal keadaan, dan sebab bagi, pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantar suatu salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya dalam masa tujuh hari selepas pelepasan itu.