Skip to content

Seksyen 56

Senarai benda yang disita

of Akta Petunjuk Geografi 2022

ActIn forceProvision 56 of 101
Seksyen 56
(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika apa-apa barang, dokumen, bahan, artikel atau benda disita di bawah Bahagian ini, Penolong Pengawal yang membuat penyitaan itu hendaklah secepat yang dapat dilaksanakan menyediakan suatu senarai benda yang disita itu dan dengan

Undang-Undang Malaysia 60

Akta 836

segera menyerahkan suatu salinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada penghuni premis yang digeledah itu, atau kepada ejen atau pekhidmatnya, di premis itu.

(2)

Jika premis itu tidak berpenghuni, Penolong Pengawal yang membuat penyitaan itu hendaklah di mana-mana yang mungkin menampalkan senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.