Skip to content

Seksyen 49

Kuasa menangkap

of Akta Petunjuk Geografi 2022

ActIn forceProvision 49 of 101
Seksyen 49
(1)

Mana-mana Penolong Pengawal boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dipercayainya dengan munasabah telah melakukan atau cuba untuk melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 34 atau 35 Akta ini.

(2)

Mana-mana Penolong Pengawal yang membuat tangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu, membawa orang yang ditangkap itu ke balai polis yang paling hampir, dan orang itu hendaklah selepas itu diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa.

Undang-Undang Malaysia 54

Akta 836

Kuasa untuk memasuki premis, memeriksa dan menyita barang, dsb.