Seksyen 62
Mengambil sampel
of Akta Petunjuk Geografi 2022
Jika barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang menjadi hal perkara suatu kesalahan di bawah Akta ini didapati dalam dua atau lebih bungkusan atau bekas yang sama perihalannya, ia hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa semua bungkusan atau bekas itu mengandungi barang, dokumen, bahan, artikel atau benda yang sama jenis, kuantiti dan kualiti.
(2)
Jika bungkusan atau bekas yang mengandungi barang, dokumen, bahan, artikel atau benda melanggar peruntukan Akta ini atau yang selainnya boleh disita telah disita, ia adalah mencukupi untuk membuka dan memeriksa satu peratus atau tidak kurang daripada lima sampel, mengikut mana-mana yang lebih kurang, daripada kandungan dalam setiap bungkusan atau bekas yang disita itu.
Undang-Undang Malaysia 64
Akta 836
(3)
Mahkamah hendaklah menganggap bahawa lebihan sampel yang terkandung dalam bungkusan atau bekas itu adalah sama jenis dengan sampel yang diperiksa.