Seksyen 53
of Akta Petunjuk Geografi 2022
Seksyen 53
Mana-mana Penolong Pengawal yang menjalankan kuasanya di bawah seksyen 50, 51 atau 52 hendaklah diberikan akses kepada apa-apa maklumat berekod, atau data berkomputer atau berdigital, sama ada yang disimpan dalam suatu komputer atau selainnya.
(2)
Sebagai tambahan kepada kuasanya di bawah subseksyen (1),
Penolong Pengawal itu boleh—
(a)
memeriksa pengendalian apa-apa komputer dan apa-apa radas atau bahan yang berkaitan yang dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki sedang atau telah digunakan berkaitan dengan maklumat atau data itu; dan
(b)
menghendaki—
(i)
orang yang, olehnya atau bagi pihaknya
Penolong Pengawal itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki komputer itu sedang atau telah digunakan berkaitan dengan maklumat atau data itu; atau
(ii)
orang yang bertanggungjawab bagi, atau yang selainnya terlibat dengan, pengendalian komputer, radas atau bahan itu berkaitan dengan maklumat atau data,
Undang-Undang Malaysia 58
Akta 836
untuk memberinya apa-apa bantuan yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki olehnya bagi maksud seksyen ini.
(3)
Penolong Pengawal boleh membuat salinan atau mengambil cabutan maklumat berekod itu, atau data berkomputer atau berdigital itu, jika difikirkannya perlu.
(4)
Bagi maksud seksyen ini, “akses” termasuklah diberikan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan pemahaman maklumat berekod dan data berkomputer atau berdigital itu.