Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English
Contents

Bahagian VII · Prosiding Tatatertib

103. Kesan perintah denda atau restitusi oleh Lembaga Tatatertib

Feedback & support
(1)

Jika Lembaga Tatatertib telah memerintahkan supaya suatu denda dibayar oleh peguam bela dan peguam cara atau telah memerintahkan suatu restitusi dibuat oleh peguam bela dan peguam cara, denda itu hendaklah dibayar atau restitusi itu hendaklah dibuat dalam masa satu bulan dari tarikh perintah itu atau apa-apa tarikh lanjut lain yang dibenarkan oleh Lembaga Tatatertib, dan jika gagal berbuat demikian Lembaga Tatatertib boleh memerintahkan penggantungan peguam bela dan peguam cara itu daripada menjalankan amalan sehingga denda itu dibayar atau jumlah restitusi itu dibuat atau jika peguam bela dan peguam cara itu tidak memiliki suatu sijil amalan, memerintahkan supaya tiada Sijil Tahunan dikeluarkan kepadanya sehingga pembayaran denda atau jumlah restitusi itu dibuat atau dalam

Profesion Undang-Undang 137

hal seorang peguam asing, mengesyorkan kepada Majlis Peguam untuk menggantung pendaftarannya sehingga pembayaran denda itu atau jumlah restitusi itu dibuat.

(2)

Suatu denda yang kena dibayar di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan menjadi hutang yang belum dijelaskan kepada Badan

Peguam Malaysia dan boleh didapatkan sebagai suatu hutang sivil.

Pelantikan Jawatankuasa Tatatertib

103A. (1) Jika—

(a)

Lembaga

Tatatertib memutuskan bahawa suatu

Jawatankuasa Tatatertib patut dilantik;

(b)

seseorang peguam bela dan peguam cara telah disabitkan atas kesalahan pecah amanah jenayah di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan [Akta 574] atau apa-apa kesalahan lain yang melibatkan fraud atau kecurangan;

atau

(c)

peguam bela dan peguam cara itu telah digantung di bawah subseksyen 94(4),

Lembaga Tatatertib hendaklah, dengan secepat yang boleh dilaksanakan, melantik suatu Jawatankuasa Tatatertib.

(2)

Suatu Jawatankuasa Tatatertib hendaklah terdiri daripada tiga orang ahli iaitu—

(a)

dua orang peguam bela dan peguam cara; dan

(b)

seorang orang biasa, yang dilantik daripada Panel Jawatankuasa Tatatertib.

 CATATAN—lihat subseksyen 35(1) –

(3)

Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2006 [Akta A1269].

138 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

(3)

Lembaga Tatatertib hendaklah pada masa pelantikan suatu

Jawatankuasa

Tatatertib melantik seorang ahli daripada perenggan 2(a) menjadi pengerusi Jawatankuasa Tatatertib itu.

Report

Bahagian VIII

Saraan Peguam Bela dan Peguam Cara

Bahagian IX

Mendapatkan dan Menetapkan Kos

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Bahagian II

Bahagian II.

Bahagian XII

Pemansuhan

Schedules