Legal Profession Act 1976 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian VII · Prosiding Tatatertib
96. Pelantikan Panel Jawatankuasa Tatatertib
Feedback & supportLembaga Tatatertib hendaklah, dari semasa ke semasa sebagaimana yang dikehendaki, melantik suatu Panel Jawatankuasa
Tatatertib, daripada senarai yang diberikan oleh Majlis Peguam, yang
130 Undang-Undang Malaysia AKTA 166
terdiri daripada tiga puluh orang ahli yang daripadanya dua puluh orang ahli ialah peguam bela dan peguam cara yang sudah menjadi peguam bela dan peguam cara tidak kurang daripada sepuluh tahun dan mempunyai sijil amalan yang sah dan sepuluh orang ahli ialah orang biasa:
Dengan syarat bahawa Lembaga Tatatertib boleh, apabila disifatkannya perlu atau suai manfaat, dan selepas berunding dengan
Majlis Peguam, mengubah bilangan ahli Panel Jawatankuasa
Tatatertib. Apa-apa perubahan bilangan ahli hendaklah mengikut perkadaran yang sama bagi peguam bela dan peguam cara dan orang biasa sebagaimana yang diperihalkan di atas.
Tiap-tiap ahli Panel Jawatankuasa Tatatertib hendaklah berkhidmat selama tempoh dua tahun:
Dengan syarat bahawa Lembaga Tatatertib boleh melanjutkan tempoh jawatannya selama suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun lagi atau melantiknya semula.