Legal Profession Act 1976 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian VII · Prosiding Tatatertib
103D. Pertimbangan oleh Lembaga Tatatertib tentang laporan Jawatankuasa Tatatertib
Feedback & supportSelepas menimbangkan laporan Jawatankuasa Tatatertib,
Lembaga Tatatertib boleh membuat suatu perintah yang mengesahkan atau menolak dapatan atau syor Jawatankuasa Tatatertib itu dan jika
Lembaga Tatatertib menolak dapatan atau syor Jawatankuasa
Tatatertib, Lembaga Tatatertib hendaklah merekodkan alasan bagi penolakan itu.
Lembaga Tatatertib boleh dalam hal yang sesuai mengenakan hukuman atau penalti yang lebih berat atau lebih ringan daripada yang disyorkan oleh Jawatankuasa Tatatertib.
Jika Lembaga Tatatertib tidak bersetuju dengan dapatan atau syor Jawatankuasa Tatatertib, Lembaga Tatatertib hendaklah membuat apa-apa perintah lain yang difikirkannya adil.
Sebelum Lembaga Tatatertib membuat suatu perintah yang berkemungkinan memudaratkan seseorang peguam bela dan peguam cara di bawah subseksyen (2) atau (3), Lembaga Tatatertib hendaklah memberitahu peguam bela dan peguam cara itu tentang niatnya untuk berbuat demikian dan memberi peguam bela dan peguam cara itu peluang yang munasabah untuk didengar.
142 Undang-Undang Malaysia AKTA 166
Jika Lembaga Tatatertib membuat suatu perintah bahawa peguam bela dan peguam cara itu hendaklah membuat restitusi kepada pengadu, Lembaga Tatatertib boleh menetapkan tempoh masa restitusi itu patut dibuat.
Sesuatu jumlah wang yang diperintahkan oleh Lembaga
Tatatertib di bawah subseksyen (5) untuk direstitusikan boleh didapatkan oleh pengadu sebagai suatu hutang sivil.