Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English
Contents

Bahagian VII · Prosiding Tatatertib

103C. Dapatan dan syor Jawatankuasa Tatatertib

Feedback & support
(1)

Apabila selesai siasatan, suatu Jawatankuasa Tatatertib hendaklah merekodkan dapatannya berhubung dengan fakta kes itu dan mengikut fakta itu hendaklah memutuskan dan membuat mana-mana satu daripada syor yang berikut kepada Lembaga

Tatatertib:

(a)

bahawa tiada sebab wujud bagi tindakan tatatertib dan bahawa permohonan atau aduan itu ditolak;

(b)

bahawa sebab bagi tindakan tatatertib wujud tetapi tidak cukup berat untuk mewajarkan apa-apa hukuman selain teguran atau celaan atau bahawa hal keadaan adalah sedemikian yang peguam bela dan peguam cara itu cuma patut ditegur atau dicela; atau

(c)

bahawa sebab bagi tindakan tatatertib wujud dan adalah cukup berat untuk mewajarkan peguam bela dan peguam cara itu dikenakan satu atau lebih penalti atau hukuman yang berikut:

(i)

teguran atau celaan;

(ii)

pengenaan suatu denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit;

(iii)

penggantungan peguam bela dan peguam cara itu daripada menjalankan amalan, atau dalam hal seorang peguam asing, syor kepada Majlis Peguam untuk penggantungan pendaftaran, bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun sebagaimana yang difikirkan patut oleh Jawatankuasa Tatatertib dalam hal keadaan itu; atau

Profesion Undang-Undang 141

(iv)

pemotongan peguam bela dan peguam cara itu daripada Daftarai atau dalam hal seorang peguam asing, syor kepada

Majlis

Peguam untuk pembatalan pendaftaran peguam asing itu.

(2)

Jawatankuasa Tatatertib boleh dalam hal yang sesuai sebagai tambahan kepada syornya tentang penalti atau hukuman yang sesuai mengesyorkan supaya Lembaga Tatatertib membuat suatu perintah restitusi oleh peguam bela dan peguam cara itu bagi wang pengadu jika dibuktikan bahawa wang itu telah atau sedang dipegang oleh peguam bela dan peguam cara dalam kapasiti profesionalnya dan pengadu berhak kepada pemulangan wang itu atau sebahagian daripada wang itu.

Report

Bahagian VIII

Saraan Peguam Bela dan Peguam Cara

Bahagian IX

Mendapatkan dan Menetapkan Kos

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Bahagian II

Bahagian II.

Bahagian XII

Pemansuhan

Schedules