Legal Profession Act 1976 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian VII · Prosiding Tatatertib
98. Pengarah dan kakitangan Urus Setia Aduan
Feedback & supportMajlis Peguam hendaklah, dari semasa ke semasa sebagaimana yang dikehendaki, melantik—
seorang peguam bela dan peguam cara—
yang sudah menjadi peguam bela dan peguam cara tidak kurang daripada lima tahun; atau
yang sudah menjadi peguam bela dan peguam cara tidak kurang daripada tiga tahun dan yang telah, sebagai tambahan, bekerja dengan Majlis Peguam atau Lembaga Tatatertib tidak kurang daripada dua tahun,
Profesion Undang-Undang 131
untuk menjawat jawatan Pengarah Urus Setia Aduan; dan
apa-apa bilangan kakitangan untuk membantu Pengarah itu.
Pengarah itu hendaklah bertugas sebagai Setiausaha kepada
Lembaga Tatatertib.
Majlis Peguam hendaklah bertanggungjawab bagi saraan
Pengarah dan kakitangan itu dan hendaklah mempunyai kuasa untuk membatalkan pelantikan mereka.
Pengarah itu hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran harian aduan terhadap peguam bela dan peguam cara di bawah
Bahagian ini.