Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English
Contents

Bahagian VII · Prosiding Tatatertib

107. Section 107

Feedback & support
(1)

Mahkamah Tinggi boleh, jika difikirkannya patut dan munasabah, pada bila-bila masa memerintahkan

Pendaftar memasukkan semula dalam Daftarai nama seseorang peguam bela dan peguam cara yang namanya telah dikeluarkan atau dipotong daripada

Daftarai.

(2)

Apa-apa permohonan supaya nama seseorang peguam bela dan peguam cara dimasukkan semula dalam Daftarai hendaklah dibuat melalui usul pemula yang disokong dengan afidavit, di hadapan

Mahkamah Tinggi.

(3)

Notis usul itu hendaklah disampaikan kepada Majlis Peguam yang hendaklah diwakili pada waktu usul itu didengar dan hendaklah mengemukakan di hadapan Mahkamah itu suatu laporan yang hendaklah termasuk salinan rekod apa-apa prosiding yang mengakibatkan nama peguam bela dan peguam cara itu dikeluarkan atau dipotong daripada Daftarai dan suatu pernyataan apa-apa fakta yang telah berlaku semenjak nama peguam bela dan peguam cara itu dikeluarkan atau dipotong daripada Daftarai dan yang pada pendapat

Majlis itu atau mana-mana ahlinya adalah berkaitan untuk dipertimbangkan atau disiasat berkenaan dengan permohonan itu.

(4)

(Dipotong oleh Akta A1444).

(5)

Apa-apa rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hendaklah dibuat kepada Mahkamah Rayuan dan kemudiannya kepada

Mahkamah Persekutuan.

Profesion Undang-Undang 149

Report

Bahagian VIII

Saraan Peguam Bela dan Peguam Cara

Bahagian IX

Mendapatkan dan Menetapkan Kos

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Bahagian II

Bahagian II.

Bahagian XII

Pemansuhan

Schedules