Legal Profession Act 1976 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian VII · Prosiding Tatatertib
103H. Penubuhan Kumpulan Wang Tatatertib
Feedback & supportBadan Peguam Malaysia hendaklah menubuhkan, menyenggara dan mentadbirkan suatu kumpulan wang yang hendaklah dikenali sebagai “Kumpulan Wang Tatatertib”.
Tiap-tiap peguam bela dan peguam cara hendaklah, pada setiap kali dia memohon Sijil Tahunan, membayar kepada Badan Peguam
Malaysia suatu caruman kepada Kumpulan Wang Tatatertib yang
146 Undang-Undang Malaysia AKTA 166
jumlahnya boleh ditentukan oleh Majlis Peguam dari semasa ke semasa:
Dengan syarat bahawa jika seseorang peguam bela dan peguam cara memohon sijil amalan yang sah selama suatu tempoh yang kurang daripada enam bulan dalam sesuatu tahun kalendar, dia hendaklah dikehendaki membayar suatu caruman yang merupakan setengah daripada jumlah yang ditentukan bagi tahun itu.
Segala kos, caj dan perbelanjaan bagi maksud mana-mana prosiding tatatertib di bawah Akta ini hendaklah dibayar daripada
Kumpulan Wang Tatatertib itu.