Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English
Contents

Bahagian VII · Prosiding Tatatertib

105. Peguam bela dan peguam cara boleh memohon untuk dikeluarkan namanya daripada Daftarai

Feedback & support
(1)

Mana-mana peguam bela dan peguam cara boleh, tertakluk kepada seksyen ini dan kepada mana-mana kaedah yang dibuat bagi maksud itu, memohon kepada Mahkamah supaya namanya dikeluarkan daripada Daftarai.

Profesion Undang-Undang 147

(2)

Tiap-tiap permohonan itu hendaklah dibuat dengan cara usul pemula dan hendaklah disokong dengan afidavit dalam bentuk yang ditetapkan dan hendaklah disampaikan kepada Majlis Peguam tidak kurang daripada dua bulan sebelum permohonan itu didengar.

(3)

Majlis Peguam boleh bagi sebab yang baik menghendaki pemohon itu supaya mengiklankan tujuannya hendak membuat permohonan itu mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh Majlis

Peguam.

(4)

Sesuatu permohonan di bawah seksyen ini hendaklah didengar oleh seorang Hakim yang bersidang dalam mahkamah terbuka.

(5)

Tiada perintah boleh dibuat atas sesuatu permohonan di bawah seksyen ini jika Hakim itu berpuas hati bahawa—

(a)

tindakan tatatertib masih belum diputuskan terhadap pemohon itu; atau

(b)

kelakuan pemohon itu ialah perkara yang disiasat di bawah Bahagian ini.

(6)

Selepas mendengar apa-apa permohonan itu Hakim itu boleh membuat perintah—

(a)

mengarahkan Pendaftar memotong nama pemohon itu daripada Daftarai; atau

(b)

menangguhkan pendengaran itu sine die atau kepada apa-apa tarikh yang difikirkan patut dan munasabah oleh

Hakim itu, dan apa-apa perintah yang adil bagi pembayaran kos.

Report

Bahagian VIII

Saraan Peguam Bela dan Peguam Cara

Bahagian IX

Mendapatkan dan Menetapkan Kos

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Peralihan

Bahagian II

Bahagian II.

Bahagian XII

Pemansuhan

Schedules