Securities Commission Act 1993 · Updated to 1 Mar 2016 · Bahagian V · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
149. Bantuan kepada polis atau pegawai awam yang lain
Feedback & supportWalau apa pun seksyen 148, Suruhanjaya boleh, atas inisiatifnya sendiri atau atas permintaan pegawai awam—
membekalkan kepada seorang pegawai polis atau mana-mana pegawai awam yang lain suatu salinan mana-mana buku atau dokumen lain yang disita, ditahan atau diambil milik di bawah seksyen 128 atau mana-mana rekod pemeriksaan yang dibuat di bawah seksyen 134, atau mana-mana pernyataan yang dibuat di bawah subseksyen 134(3), atau mana-mana buku atau dokumen lain yang dikemukakan di bawah subseksyen 128(2), atau selainnya dalam perjalanan mana-mana pemeriksaan di bawah seksyen 134, dan pegawai polis atau pegawai awam yang lain itu boleh menggunakan salinan buku, pernyataan, rekod atau dokumen lain itu sebagaimana yang perlu atau suai manfaat berhubungan dengan penjalanan kuasa-kuasanya, pelaksanaan fungsinya, atau penunaian kewajipannya, berkenaan dengan mana-mana orang; atau
membenarkan seorang pegawai polis atau mana-mana pegawai awam yang lain untuk mendapatkan akses kepada dan memeriksa mana-mana harta, buku, dokumen lain, artikel atau benda yang telah dikemukakan di hadapan, atau disita, di tahan atau diambil milik oleh, seorang Pegawai Penyiasat di bawah undang-undang
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 109
sekuriti, dan pegawai polis atau pegawai awam yang lain itu boleh menggunakan apa-apa pengetahuan yang didapati melalui akses atau pemeriksaan itu sebagaimana yang perlu atau suaimanfaat berhubungan dengan penjalanan kuasanya, pelaksanaan fungsinya, atau penunaian kewajipannya, berkenaan dengan mana-mana orang.