Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2016Read it in English

Bahagian V · Penguatkuasaan dan Penyiasatan

150. Bantuan kepada dan kerjasama dengan pihak berkuasa penyeliaan asing

Feedback & support
(1)

Walau apa pun mana-mana peruntukan yang berlawanan di bawah undang-undang sekuriti, Suruhanjaya boleh, apabila menerima permintaan bertulis daripada sesuatu pihak berkuasa penyeliaan asing bagi bantuan untuk menyiasat sesuatu pelanggaran yang dikatakan terhadap sesuatu kehendak undang-undang atau pengawalseliaan yang dikuatkuasakan atau ditadbirkan oleh pihak berkuasa penyeliaan asing itu, memberikan bantuan kepada pihak berkuasa penyeliaan asing itu dengan menjalankan penyiasatan terhadap pelanggaran yang dikatakan terhadap kehendak undang-undang atau pengawalseliaan itu itu atau memberikan apa-apa bantuan lain kepada pihak berkuasa penyeliaan asing itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya.

(2)

Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 150A “pihak berkuasa penyeliaan asing” ertinya pihak berkuasa asing yang menjalankan fungsi yang bersamaan dengan fungsi Suruhanjaya di bawah suatu undang-undang sekuriti atau mana-mana orang di luar Malaysia yang menjalankan fungsi pengawalseliaan dan yang berkenaan dengannya

Suruhanjaya berpendapat adalah wajar dan perlu diberikan bantuan demi kepentingan awam.

(3)

Bagi maksud subseksyen (1), peruntukan Bahagian V hendaklah, dengan apa-apa penyesuaian yang perlu, terpakai dan mempunyai kuat kuasa sewajarnya seolah-olah pelanggaran kehendak undang-undang atau pengawalseliaan itu ialah suatu kesalahan di bawah suatu undang-undang sekuriti.

110

Undang-Undang Malaysia

(4)

Pada menentukan sama ada adalah demi kepentingan awam bantuan diberikan di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya hendaklah memberikan perhatian kepada—

(a)

sama ada pihak berkuasa penyeliaan itu akan membayar kepada Suruhanjaya apa-apa kos dan belanja yang dilakukan bagi memberikan bantuan kepada pihak berkuasa penyeliaan asing itu; dan

(b)

sama ada pihak berkuasa penyeliaan asing itu akan dapat dan sanggup memberikan bantuan bersaling di dalam bidang kuasanya sebagai menyambut permintaan yang bersamaan daripada Suruhanjaya bagi bantuan.

Kebolehterimaan keterangan yang diperoleh melalui bantuan daripada pihak berkuasa penyeliaan asing

Report

Bahagian VII

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Bahagian IV

Bahagian IV Akta Syarikat 1965 terpakai, yang diterbitkan atau dilaksanakan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ni; atau

Schedules