Securities Commission Act 1993 · Updated to 1 Mar 2016 · Bahagian V · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
148B. Kerahsiaan maklumat penyeliaan
Feedback & supportTanpa menjejaskan keluasan seksyen 148, jika
Suruhanjaya mengeluarkan apa-apa dokumen atau maklumat berhubung dengan—
apa-apa perkadaran yang diberikan oleh Suruhanjaya kepada; atau
apa-apa penilaian penyeliaan yang dibuat oleh
Suruhanjaya ke atas,
108
Undang-Undang Malaysia mana-mana orang yang ditentukan di bawah subseksyen 126(1), orang itu, atau mana-mana pengarah, pegawai atau juruauditnya tidak boleh menzahirkan dokumen atau maklumat itu kepada mana-mana orang lain, melainkan jika dibenarkan oleh Suruhanjaya.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.