Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2016Read it in English

Bahagian V · Penguatkuasaan dan Penyiasatan

152A. Kuasa Suruhanjaya untuk menyiarkan maklumat

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya boleh, jika difikirkannya perlu atau suai manfaat demi kepentingan awam atau bagi melindungi pelabur dan mengikut apa-apa bentuk atau cara yang difikirkannya patut, menyiarkan apa-apa maklumat berhubung dengan—

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 115

(a)

pemberian, peluputan, pembatalan atau penggantungan sesuatu kelulusan, lesen atau pengecualian yang diberikan di bawah undang-undang sekuriti kepada mana-mana orang;

(b)

apa-apa keputusan yang dikeluarkan di bawah undang-undang sekuriti;

(c)

apa-apa tindakan yang diambil di bawah seksyen 354, 355 atau 356 Akta Pasaran Modal dan

Perkhidmatan 2007;

(d)

suatu perintah oleh mahkamah di bawah seksyen 360

Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

(e)

pengkompaunan apa-apa kesalahan—

(i)

di bawah undang-undang sekuriti; atau

(ii)

di bawah mana-mana undang-undang lain, sama ada undang-undang Malaysia atau undang-undang mana-mana wilayah atau negara di luar

Malaysia;

(f)

apa-apa prosiding sivil atau jenayah yang dibawa—

(i)

di bawah undang-undang sekuriti terhadap mana-mana orang dan keputusan mana-mana prosiding itu, termasuk apa-apa penyelesaian, sama ada di dalam atau di luar mahkamah; atau

(ii)

di bawah mana-mana undang-undang lain, sama ada undang-undang Malaysia atau undang-undang mana-mana wilayah atau negara di luar

Malaysia, terhadap mana-mana orang dan keputusan mana-mana prosiding, termasuk apa-apa penyelesaian, sama ada di dalam atau di luar mahkamah;

116

Undang-Undang Malaysia

(fa)

apa-apa tindakan yang diambil di bawah seksyen 125

Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

(fb)

apa-apa tindakan yang diambil di bawah seksyen 220

Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; atau

(g)

apa-apa tindakan atau langkah lain yang boleh diambil oleh Menteri, Suruhanjaya, sesuatu bursa saham, bursa derivatif atau pusat penjelasan diluluskan terhadap mana-mana orang.

Report

Bahagian VII

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Bahagian IV

Bahagian IV Akta Syarikat 1965 terpakai, yang diterbitkan atau dilaksanakan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ni; atau

Schedules